Structural Expansion Joints and Joint Sealants by EMSEAL

Arabic Bengali Czech Dutch Finnish French German Greek Hebrew Hindi Indonesian Italian Japanese Korean
Malaysian Norwegian Polish Portuguese Russian Simplified Chinese Spanish Swedish Thai Traditional Chinese Turkish Urdu Vietnamese

Last modified: January 05, 2009

For Immediate Assistance: 1-800-526-8365 -- 508-836-0280 --  techinfo@emseal.com -- Fax: 508-836-0281

EMSEAL merupakan pengilang pengadang dan sendi pergerakan dan pengembangan bangunan yang terkemuka.

Deretan barangan seni bina EMSEAL direka khusus untuk menangani masalah sendi, pemisahan dan penyambungan dalam apa jua jenis bangunan. EMSEAL telah membekalkan produknya bagi pembinaan pelbagai jenis bangunan, antaranya: stadium dan kemudahan sukan, dek letak kereta, hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah, universiti, bangunan pejabat, kilang, loji rawatan sisa air, loji penurasan air boleh diminum, hotel, pusat konvensyen, dasar landasan ternaik, jalan raya, lapangan terbang, jambatan, resort, kasino dan gelanggang luncur ais. Aplikasi sendi pergerakan EMSEAL termasuklah sendi dalam asas, bawah cerun, dek plaza dan podium, papak pisah, papak padu, benang dan tetingkat, dinding, lantai, mukaan, dinding langsir, sistem tingkap, jendela langit, dll. Produk EMSEAL serasi dengan kebanyakan bahan substrat termasuk, konkrit pratuang, konkrit tuangan di tempat, konkrit pascategangan, batu bata, blok konkrit, aluminum beranod, besi bercat, plastik, dll. Deretan bahan pengadang EMSEAL yang komprehensif mampu menyokong sendi daripada 6mm (1/4-inci) sehingga selebar 210mm (24-inci).

sendi pergerakan, pengilang sendi pergerakan, penyelesaian sendi pergerakan, penyelesaian pengadang sendi, pengilang pengadang, pengadang pramampa

Pengadang siap bentuk dalam bahagian produk keistimewaan EMSEAL memberikan gasket dan adangan komponen yang tahan lama dalam pembuatan kelengkapan asli dan aplikasi penggasketan komponen lain. Bahan-bahan ini boleh ditatarajahkan dalam saiz standard atau mengikut tempahan pelanggan dalam format pita pramampat atau dalam kertas atau gulungan utama untuk penukaran lanjut melalui pembelahan atau pemotongan acuan. Pita pengadang EMSEAL tersesuai secara unik dengan aplikasi dalam industri-industri seperti automotif, rumah kayu, tingkap, kenderaan rekreasi, struktur konkrit pratuang, bangunan dan atap besi, penyimpanan biji-bijian, bangunan pertanian, kajang, pemasangan kelengkapan HVAC, bunker telekomunikasi, dll.

Pengadang pramampat EMSEAL menampilkan kelebihan kedap air, penebatan haba, penebatan bunyi dan gegaran, keupayaan menyerap haba, pergerakan huyung dan seismos bangunan, keserasian estetik dan warna dan keupayaan untuk menangani lalu lintas kenderaan dan pejalan kaki. Deretan unik pengadang berisi busa menampilkan ciri-ciri tambatan tidak invasif dan keupayaan untuk mengikut lengkuk dan perubahan pada permukaan dan arah sementara mengekalkan kesinambungan adangan.

Laman web EMSEAL merupakan panduan yang komprehensif bagi memilih dan menentukan pengadang sendi tahan lama dan penyelesaian sendi pergerakan.

Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang produk struktur kami. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Klik di sini untuk melawat laman web kami!

Hubungi kami di techinfo@emseal.com

TALIAN BEBAS TOL
(di AS dan Kanada): 800-526-8365
atau
508-836-0280

 

Copyright © 1998-2008 by EMSEAL Corporation. All rights reserved.
This content may not be reproduced in whole or in part without permission.


peta lkasi